Friday, April 22, 2011

Hadiah ulangtahun ke 35

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang..Ucapan selamat ulangtahun kelahiran diucap oleh suamiku semasa aku mencium tangannya untuk pergi bekerja pagi itu..tentu hatiku berbunga-bunga..walaupun tanpa hadiah..namun ingatan itu lebih bermakna..
     Dalam perjalanan ke tempat kerja..hati kecil ku berkata-kata kepada Tuhan..Ya Allah..hari ini hari ulangtahun aku yang ke 35..Terima kasih ya Allah kerana sudi meminjamkan umur sehingga aku mencecah 35 tahun..terima kasih ya Allah..Ya Allah..baru sebentar tadi suami ku mengucapkan selamat ulangtahun kepadaku ya Allah..bohonglah kalau aku tidak mengharapkan hadiah daripada suamiku..tapi ya Allah sedaya upaya aku menahan diri untuk tidak meminta kepada hambamu ya Allah,kerana hambaMu juga meminta kepadaMu ya Allah.makanya ya Allah..aku mohon hadiah ulangtahun kepadaMu ya Allah..bolehkan Ya Allah..bolehkan kalau saya mohon hadiah ulangtahun saya yang ke 35 ni ya Allah...aku terus meminta dan merengek2 seperti anak kecil yang ketagih hadiah ulangtahunnya..
    Sampai di lokasi..aku melakukan tugas seperti biasa..jam 8.30 gerak ke Jalan Raja Laut dengan Diana menguruskan lebihan bayaran kwsp..Alhamdulillah..jam 10.30 pagi kita sampai kembali di ILPKL. Aku mula mengemaskan barang yang terdapat di atas meja sehingga masa beredar je jam 12 tengahari..Bahagian IE mengadakan jamuan perpisah untuk kami bertiga..
       Terima kasih Ya Allah kerana hadiah ulangtahun telah aku terima,kerana mereka membelikan kek dan hadiah.Terima kasih Ya Allah...jamuan berlangsung seperti biasa...aku memberikan ucapan berpantun dan sedaya upaya mengawal perasaan dan emosi untuk tidak menitiskan airmata..
      Majlis perpisahan berjalan dengna lancar..petang nanti aku ada perlawanan ping pong antara Bahagian dan Unit..perlawanan bermain seperti biasa ..Bahagian mempunyai pemain yang baik-baik..so Bahagian telah memenangi perlawanan..
      Ya Allah.Pn Rozita dan Cik Sue telah memanggil aku ke keretanya dan menyerahkan sekeping sampul surat..katanya hadiah untuk k.emi..Ya Allah terima kasih ya Allah..Aku dapat lagi hadiah ulangtahun ke 35..hadiah ini tidak aku sangka..sangat menyentuh jiwa..kerana Allah memkbulkan doakan lagi..
       Kata mereka..Semoga akak succes ditempat baru.kami tunggu akak di JTM.
perhhh..kata2 itulah yang paling menyentuh jiwa..doaku kepadaMu ya Allah..aku ingin sekali kembali di ILPKL ini..namum engkau jua yang menentukan yang terbaik untukku..


Terima kasih atas hadiah ulangtahun ku yang ke 35..sebatang pen sheffer berukir emiyusida. terima kasih Allah kerana kasih sayang yang melimpah ruah ini...

No comments:

Post a Comment